25/2/2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada hari ini saya tiada kelas kerana ada Ceramah Makanan Sihat, Minda Cermat di Dewan Siswazah, UKM, Bangi. Di sana, saya telah mendapat banyak perkara yang baru. Antaranya ialah, semua makanan produk Nestle yang mempunyai logo halal adalah halal untuk dimakan. Saya juga dapat mengenali logo-logo halal di luar negara. Saya juga mendapat maklumat bahawa semua anggota badan haiwan bernama Khinzir/Babi/Celeng/Chu adalah HARAM. Pada pukul 10.30 pagi, terdapat sesi minum pagi. Kuih yang disediakan ialah karipap dan juga kuih lapis beserta air teh. Selepas itu, saya dan rakan-rakan memasuki semula Dewan Kuliah untuk meneruskan program. Saya tergelak apabila melihat rakan-rakan di sebelah saya tidur dengan gaya yang tersendiri. Ada yang tenganga, berdengkur dan macam-macam lagi gelagat mereka. Sebelum beredar dari Dewan Kuliah, saya dan rakan-rakan saya terjumpa dengan instruktur PPCS Bidang Robotik iaitu Cikgu Mar. Cikgu Mar menjemput kami untuk ...