Posts

Showing posts from January, 2016

Bahasa Melayu Tinggi

- Sering digunakan dalam pertuturan dalam majlis-majlis rasmi dan dalam penulisan - Tidak dapat diterjemahkan melalui Bahasa Melayu Basahan (Bahasa Pasar) - Bukan bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian ( Kecuali di dalam majlis-majlis rasmi) - Bukan bahasa linguistik - Suatu bentuk yang wujud dalam perkembangan bahasa Melayu

Rumusan

Petikan membincangkan mengenai akibat-akibat negatif dalam penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara akibat-akibat negatif dalam penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah penyebaran bahan imperialisme. Selain itu, Internet dapat menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan. Di samping itu, internet juga digunakan untuk menyebarkan fitnah. Seterusnya, Internet turut menimbulkan masalah. Justeru itu, Internet juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain. Sehubungan itu, Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Antara langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaan Internet adalah kerajaan perlu mengawal server bagi mengelakkan rakyat melayari laman web yang terlarang. Selain itu, masyarakat juga perlu bersikap bertanggungjawab dengan sentiasa mengawal penggunaan internet dan gadget oleh anak mereka. Kesimpulannya, masyarakat perlu lebih prihatin bagi membendung masalah ...

Kesalahan Dalam Imbuhan Dan Ejaan

YIK (i) mondokong – mendukung pelusuk – pelosok (ii) dihasrat – dihasratkan mengembang – berkembang (iii) naskhah – naskah jualan – dijual TERENGGANU (i) meningkat – menigkatkan kecerdekan – kecerdikan (ii) perlukan – memerlukan (iii) perkhidmatan – berkhidmat otomatik – automatik SBP (i) motorsikal – motosikal dilaku – dilakukan (ii) e-mail – emel diharap – berharap (iii) bekerja – pekerja tengahari – tengah hari SABAH (i) meletih – letih pinggan – pinggang (ii) ketak – tetak bersidangan – persidangan (iii) ragot – ragut perdarahan – pendarahan PERLIS (i) mencadangkan – bercadang bahru – baharu (ii) kesampaian – disampaikan pra kata – prakata (iii) musoh – musuh berkelaku – berkelakuan

Re-Orentasi

BANGI, 5 Januari - Berlangsungnya sebuah program re- orentasi yang diadakan di Pusat PERMATApintar Negara. Institusi ini ditubuhkan dibawah naungan isteri perdana menteri Malaysia iaitu Seri Paduka Datin Seri Rosmah Mansor bertujuan untuk mengasah bakat-bakat pelajar pintar berbakat dari seluruh Malaysia. Program re- orentasi ini diadakan bagi mengemaskini maklumat-maklumat dan membetulkan minda para pelajar mengenai persekolahan setelah bercuti panjang. Program re- orentasi diadakan sepanjang hari bermula dari 8.30 pagi hingga ke 10 malam.                       Tentatif program bermula dengan taklimat dari pengarah Pusat PERMATApintar Negara iaitu Profesor Datuk Dr. Noriah Binti Mohamad Ishak. Beliau banyak membicarakan mengenai cara pemikiran para pelajar, visi dan misi Pusat PERMATApintar Negara. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan dari Penyelaras Hal Ehwal Akademik iaitu Puan Aisyah. Beliau membicarakan perkara...