LAPORAN iFSC 2016
LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTIST CONFERENCE (iFSC) 2016 Pada tanggal 26, 27 dan 28 Julai, telah berlangsungnya sebuah program ‘International Future Scientist Conference’ (iFSC) yang dimana merupakan pembentangan hasil kajian oleh para pelajar mengenai kajian yang telah dilaksanakan. Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan di Kolej PERMATApintar Negara. Seramai 120 orang pelajar yang terdiri daripada 22 buah sekolah iaitu Kolej PERMATApintar Negara sendiri, ASASIpintar dan sekolah jemputan yang datang dari seluruh Malaysia hadir untuk menjayakan program ini. Tema iFSC pada tahun ini adalah ‘Breaking boundaries, Shaping the future’. Tujuan program ini ditubuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah membentangkan hasil penyelidikan mereka supaya dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Program dimulakan dengan ketibaan pelajar jemputan ke Pusat PERMATApintar Negara pada 26 Julai. Pendaftaran dikendalikan oleh sukarela...