Posts

Showing posts from March, 2016

Berita Terkini (29/3/2016)

Assalamualaikum Hari ni kat Permata cuma ada saya dengan Mursyid. Malam sebelumnya lagi kitorang dah rancang nak pergi outing kat Bangi Gateway. Jadi dalam pukul 10 pagi, kami menumpang teksi ke Bangi Gateway. Kat situ benda yang saya mula-mula cari ialah 'capo' untuk gitar. Tak sangka pulak mahal. Lepas jalan-jalan kat situ, kami pon makan roti canai di Teh Tarik Place. Petang tu ramai budak Permata yang baru balik dari cuti raya cina. Esok pulak dah sambung sesi persekolahan. Hm :( Pagi ni saya ada pergi kenduri kahwin saudara jauh saya. Lepastu saya pon balik ke rumah nenek belah ibu saya. Lepas semua dah siap, mak long saya pon hantar saya balik ke Permata. Hampir 4 jam perjalanan. Jalan jem. Tak ramai yang ada kat Permata, mungkin sebab ramai balik esok (hari ni Sabtu). Cuma ada saya dengan Mursyid je. Kbai. Hari ni saya ada kertas Pendidikan Seni Visual. Kertas ni tak payah nak study pun, sebab kena lukis-lukis je. Jadi saya pun datang ke dewan peperiksaan hanya de...

Berita Terkini (28/3/2016)

Hari ini, perjalanan hidupku sama seperti hari-hari yang sebelum ini. Minggu ini, kelasku telah diarahkan untuk mengendalikan perhimpunan kecuali hari isnin dan cuti mingguan. Perhimpunan pagi dikendalikan oleh kelas 5K6. Perjalanan perhimpunan berjalan dengan lancar dan teratur. Pada hari ini, baruku sedar bahawa guru yang sepatutnya mengajar kelasku dalam mata pelajaran matematik adalah bekas pelajar Kolej PERMATApintar sendiri iaitu seniorku yang tidak sempat aku jumpa. Beliau merupakan pelajar lepasan di sebuah universiti di Iowa. Di kelas, beliau nampak tidak begitu mesra dengan kami kerana mungkin rasa gementar yang menyelubungi dirinya. Maklumlah, kali pertama mengajar kanak-kanak yang tidak cukup kematangannya. Pada sebelah petang, aku dan ahli pasukan bola sepak sekolah diarahkan jurulatih untuk berlari dari hujung padang ke hujung padang yang lain. Beliau memberi tahu bahawa jangan berhenti selagi tidak diarahkan. Mandi peluh kami semua berlari dari hujung padang ke huj...

Berita Terkini (25/3/2016)

Hari Jumaat adalah ibu bagi segala hari. Pada hari ini, tiada kelas diadakan bagi memberi laluan kepada Profesor Amin untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Web 2.0. Mengikut penampilannya, saya dapat simpulkan bahawa Prof Amin adalah seorang yang peramah, baik hati dan penyabar. Dia telah mengajarkan banyak perkara yang berkaitan dengan IT. Terdapat beberapa permainan yang diselitkan dalam ceramah beliau menjadikan ceramah itu tidak membosankan dan hambar. Terdapat hadiah yang disediakan oleh beliau sendiri kepada para pemenang. Hadiah berupa wang tunai dan makanan ringan. Nama yang diberikan kepada permainan itu adalah Kahoot. Permainan itu memerlukan internet yang baik. Prof Amin menyediakan soalan-soalan dan dipaparkan di hadapan. Setiap pelajar perlu melayari laman sesawang kahoot.it dan memasukkan nombor kod yang terpapar di hadapan. Permainan ini memerlukan kepantasan dan kecerdikan yang tinggi.  Pemainan pertama berlangsung dengan sengit sekali. Pemenang bagi perm...

Berita Terkini (24/3/2016)

Pada hari ini, terdapat sebuah kejadian yang telah menggemparkan satu sekolah. Iaitu hilangnya satu kelopak bunga dari kuntumnya. Seorang pelajar Pusat PERMATApintar Negara telah meninggalkan sekolah atas dasar alasan tidak dapat mengikuti pembelajaran yang diajar oleh guru. Orang yang dimaksudkan itu adalah Hairul Hafiz Bin Hassan. Dia merupakan salah seorang daripada ahli kelas 3K3 iaitu kelas dimana aku ditempatkan. Jadi, ahli kelas kami semakin berkurangan dan semakin hambar atas kehilangannya. Sebenarnya, aku ada terdengar khabar angin tentang perpindahan Hafiz ke sekolah lain sebelum ini. Tetapi, aku tidak mengganggap ianya sebagai suatu yang serius kerana aku tidak yakin dengan maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah benar. Terdapat kemungkinan besar perkara itu adalah hanya penipuan dan orang yang menyebarkan fitnah akan mendapat dosa. Oleh sebab itu, aku hanya mendengar dan tidak menyebarkan tentang berita perpindahan dia. Hafiz merupakan seorang pelajar ya...

Berita Terkini (23/3/2016)

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan warna-warni. Banyak asam garam yang berlaku pada hari ini. Seperti biasa, Solat Subuh berjemaah di surau lelaki. Kemudian sarapan yang  disediakan adalah mi goreng dan juga telur goreng. Aku menikmatinya dengan berselera sekali. Seterusnya aku menyegerakan diri  bersiap untuk menghadapi persekolahan. Mujur hari ini kelasku diarahkan untuk berpakaian sukan kerana terdapat mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Tidak perlulah aku bersusah-payah mengosok baju kemeja dan seluarku di pagi yang sibuk ini. Bahasa Melayu merupakan subjek pertama pada hari ini. Dan diikuti dengan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Di kelas PJK, aku dan rakan sekelasku bermain permainan ‘Dodgeball’ dan diadili oleh guru PJK kami iaitu Cikgu Kamarul Bin Hamzah. Kumpulan dibahagikan kepada dua secara sama rata. Aku sekumpulan dengan Amer,Hakim,Nadia dan Athirah. Permainan ini berlangsung dengan sengit kerana setiap pusingan, kemenangan akan bertukar-...

Berita Terkini (22/3/2016)

Hariku dikejutkan dengan suara sebatan yang dihayun oleh Ustaz Khair. Seperti biasa, Ustaz Khair akan berhempas-pulas dengan mengetuk setiap pintu bilik pelajar muslim yang terdapat di Blok C dan Blok D untuk bangkit dan menunaikan ibadah wajib iaitu Solat Subuh. Begitulah rutin hariannya setiap pagi. Jarum jam telah menunjukkan nombor enam dan jarum minit menunjukkan nombor lima menandakan  iqamah akan dilaungkan oleh muazin sebentar sahaja lagi selepas Ustaz Khair habis solat sunat rawatib. Selesai menunaikan Solat Subuh, Al-Matsurat akan dibaca bersama-sama sebelum keluar dari surau. Destinasi pertamaku setelah selesai membaca Al-Matsurat adalah Dewan Makan, tempat makanan dihidangkan untuk para pelajar. Menu sarapan pada  pagi ini adalah nasi lemak dan air milo. Barisan mengambil makanan yang agak panjang memaksa diriku untuk duduk dahulu di meja dan menjamah bijirin bersama susu. Apabila melihat rakan-rakanku yang baru sahaja tiba di meja makan, dengan haruman nasi l...

Ejaan Bahasa Melayu Baru

surat khabar tengah hari campur tangan pasar raya kemas kini kraf tangan temu bual kubis lembap mergastua martabak pendeta tauge teladan komisen pensel pelan profil rebat spageti spesis ageregat atlet baucar delegasi faksimili komersial e-mel