Posts

Showing posts from April, 2014

Jurnal 30/04/2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini say rasa sekolah seperti biasa. Petang, main ping pong dengan kawan-kawan. Malam, saya menjahit seluar(main jahit je) untuk esok (explore race) sebab zip seluar dah rosak. Itu sahaja untuk hari ini, Assalamualikum.

Telefon Bimbit

Assalamualaikum, pada hari ini saya bangun dan bersiap seperti biasa. Selepas berhimpun, saya pergi menghadiri kelas PJK. Kemudian, saya mengambil raket badminton dan bermain bersama Muaz. Manakala Amer dan Syed mengambil bola takraw. Mereka berlatih untuk mengimbang bola menggunakan sepakan sila. Saya secara tidak sengaja menyertai Amer dan Syed. Ketika itu saya rasa tidak selesa di poket seluar saya kerana terdapat handphone 'Sony Xperia E' (Bukan Xperia Z) lalu, saya mengeluarkannya dan meletakkan telefon bimbit itu di atas pentas. Setelah penat bermain sepak takraw, saya mengemas peralatan-peralatan yang digunakan di dalam stor sukan. Kemudian, saya terus pergi ke kelas agar tidak dimarah oleh cikgu. Tetapi, ketika di kelas saya perasaan akan ketiadaan telefon bimbit saya setelah saya melihat rakan saya bermain telefon bimbitnya. Saya mulai panik. Saya ke Dewan Serbaguna dengan segera, sesampainya di sana, saya mendapati bahawa 'handphone' telah hilang. Saya b...

Kekejaman Tentera Zionis

Wahai manusia, Mengapa? Mengapa?  kau masih tidak menyedari, Tentang kekejaman tentera zionis, Yang sedang berleluasa di Bumi-bumi Islam? Di Malaysia, Keadaannya Aman dan damai, Tetapi, Cuba lihat di bumi Palestin, Apa yang terjadi? APA YANG TERJADI? Mereka semua ditindas! Diseksa tanpa belas kasihan! Keselesaan mereka DIRAMPAS! Oleh tentera ISRAEL LAKNATULLAH! YA ALLAH!!! YA ALLAH!!! SELAMATKANLAH BUMI-BUMI ISLAM!!!! YANG TIDAK BERSALAH DAN BERDOSA YA ALLAH!!!!

Kritikan

Kritikan adalah suatu kaedah untuk kita melemparkan pandangan yang boleh hadir dalam bentuk positif atau negatif untuk memulihkan orang lain.

Outing

Assalamualaikum, pada hari ini, saya bangun (awal rasanya) dan bersiap seperti biasa. Kemudian, saya pergi ke bilik beberapa orang kawan untuk mengajak mereka 'outing'. Kami menelefon teksi. Pada mulanya, saya Zuhdi, Amer, Karamie, Mursyid dan Kamal hendak menaiki satu teksi sahaja, tetapi pemandu teksi itu hanya membenarkan 4 orang sahaja dalam satu masa. Jadi saya, Mursyid dan Zuhdi mengambil keputusan untuk menunggu teksi seterusnya. Sementara menunggu teksi tiba, Zuhdi pergi ke Dewan Makan untuk berlatih bermain piano. Sesampainya teksi di permata, saya memangil Zuhdi kerana dia begitu asyik bermain piano. Ketika di dalam teksi, kami semua mendiamkan diri kerana pemandunya yang tidak mesra dan sombong (mungkin). Sesampainya kami di KTM UKM, kami dapat melihat Amer, Kamal dan Karamie sedang menunggu kami dengan penuh kesabaran. Selepas kami menjejakkan kaki di kaunter, saya dapati Komuter sudah tiba, dengan tergesa-gesa Karamie hanya membeli 5 tiket KTM dan terlupa untuk m...

Balik ke Permata!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekali lagi kepada semua yang sedang membaca blog saya yang tidak berapa cantik dan menarik ini. Saya tidak tahu bagaimana cara dan kenapa anda boleh membaca perkara yang saya 'post'. Baiklah, pada hari ini, saya bangun agak lewat di Homestay Seri Warisan kerana keadaan yang sesuai untuk bangun lambat (Kalau tak faham, buat-buat faham). Kemudian, saya dan keluarga pergi membeli- belah. Saya membeli barang-barang yang diperlukan. Kemudian, saya pergi kembali ke 'homestay' untuk berehat.. Semasa hampir pukul 12.00 tengah hari, saya bertolak untuk kembali ke Pusat Permatapintar Negara. Sesampainya saya di 'QuadP', dengan segera saya memunggah barang-barangan ke dalam bilik.

Penat + Gembira

Assalamualikum dan selamat sejahtera,pada hari inilah acara yang dinanti-nantikan akan dilangsungkan iaitu acara merentas desa!!!! Saya bangun awal pagi dan solat subuh (Terima Kasih Abang Abul!!). Selesai solat, saya berasa seperti hendak tidur, tetapi saya bermain 'Facebook'. Selepas mandi, saya berjalan menuju ke bilik dalam keadaan mengigil kesejukan. Brrrr!! Saya memakai baju PJ dan seluar yang malam tadi saya jahit.(Nasib baik tak koyak) Beberapa minit sebelum acara bermula, perut saya dengan secara tiba-tiba dan tidak sengaja membuat hal. Saya pergi ke bilik air untuk menyelesaikannya. Setelah saya keluar, saya mendapati semua rakan-rakan saya sudah bersiap sedia untuk berlari.Saya berlari-lari anak setelah dipanggil oleh cikgu. Pada permulaan, saya mendapati Amer mendahului larian sesampainya di Pusat Haiwan(Checkpoint 1), saya mengambil getah pertama (Supaya tidak bermain tipu) kemudian saya mendapati Amer sudah keletihan kerana berlari pecut di jalan yag berbukit (Bud...

Penat :(

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada hari ini sekolah seperti biasa. Pada pembelajaran sesi petang ialah Jepun. Oleh kerana markah saya paling teruk ialah Jepun, jadi saya menumpukan sepenuh perhatian kepada Sensei Masera. Selepas habis kelas, saya dan Syed pergi berjoging untuk bersiap-sedia berlari pada hari esok dalam acara merentas desa. Di malam hari pula, semua rumah sukan akan berkumpul untuk berbincang tentang esok. Selesai perjumpaan, saya terus ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah yang belum disiapkan sambil mendengar lagu ini:

Jurnal 23/4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini rasa sekolah macam biasa cuma sebenarnya pukul 10.30 ada Kelab Astronomi dan Falak di Balai Cerap untuk mencerap komet sehingga pukul 1 pagi. tetapi rancangan itu tidak menjadi. Mungkin ada hikmah disebalik pembatalan ini.Kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan.Selepas waktu 'prep', kelas 5K3 menyambung jualan mereka iaitu menjual Murtabak Maggi,Jus Buah dan lain-lain

Jurnal 21/4/2014

Image
Pada pagi ini, saya bercadang untuk bangun awal kerana ada Hari Keusahawanan. idurTetapi, kerana malas hendak bergerak, saya tidur dengan lena. Saya tersedar pada puku 9.30 pagi, saya tergesa-gesa untuk menyiapkan diri kerana saya terlibat dalam aktiviti 'Paint Balloon'. Selepas saya tiba di kawasan perlawanan saya mendapati tiada orang di kawasan itu. Sementara menunggu, saya bersama rakan saya bercadang untuk masuk ke dalam 'Rumah Hantu'. Kemudian, kami masuk ke dalam. Pada mulanya, kami ketawa terbahak-bahak kerana salah seorang daripada kawan saya membuat lawak. Kami meneruskan perjalanan ke jalan keluar, semasa dalam perjalanan, saya dapat melihat gelagat rakan ketika sedang takut. Kami berlari pecut menuju ke jalan keluar. Semasa di luar, kami ketawa sekali lagi kerana seorang daripada kawan saya tertinggal seliparnya.Kemudian, kami pergi ke Dewan Serbaguna untuk membeli makanan dan minuman seperti Mi Kolok, Murtabak Maggi, Mi Hun, Yong Tau Fuu, Pancake dan lai...
Assalamualikum dan selamat sejahtera, maaf kerana pada hari Jumaat dan Sabtu saya tidak dapt menulis Jurnal atas sebab-sebab tertentu.

Nasyid

Image
Asalamualaikum dan selamat sejahtera hari ini saya ada latihan nasyid untuk membuat persembahan pada hari guru nanti. lagunya ialah...................

Jurnal 17/04/2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada hari ini, saya mendapat tugasan untuk membuat nota tentang Kerajaan Uthmaniah (Sejarah) di atas kertas majong. Semasa waktu Biology, saya  membuat 'Lab Report' berkaitan tentang eksperimen yang telah dilakukan pada Isnin lepas. Selepas itu, saya pergi Kelas 8 Fasa 1 untuk menghadiri kelas Bahasa Melayu. Kelas-kelas di Fasa 2 tidak boleh digunakan oleh pelajar untuk hari ini kerana memberi laluan untuk Sesi Temu Ramah oleh Petronas. Selepas waktu rehat, saya menghadiri kelas jepun, saya berhasrat untuk mendapat markah yang baik untuk kertas perperiksaan jepun kerana pada perperiksaan yang lepas, saya mendapat markah yang teruk dalam keputusan Jepun. Sampai di sini sahaja yang dapatk ceritakan, di lain hari kuceritakan lagi.

Jurnal 16/4/2014

Assalamualaikum dan hai,pada pagi ini saya tidak terlibat dengan mata pelajaran Elektif kerana tidak mengambil sebarang kelas. Selepas minum pagi, saya menghadiri kelas Kimia. Cikgu Mohd Nor ( Guru Kimia ) menyuruh kami ( Kelas 1K3 ) membentangkan graf dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan Afiq ialah graf terbaik ( Pada pandangan cikgu ). Selepas itu, kami disuruh untuk membuat 'Lab Report' berkaitan dengan eksperimen yang kami lakukan beberapa hari yang lepas. Kami sungguh gembira kerana cikgu menyuruh kami menghantar 'Lab Report' kami pada Jumaat yang akan datang. Selepas rehat, saya berehat di bilik rakan kerana guru yang mengajar mata pelajaran Fizik terlibat dengan mesyuarat. Ketika jam tepat menunjukkan ke nombor 5, saya dan Mursyid ( Kawan ) segera menuju ke Dewan Serbaguna untuk pergi bermain ping pong.Kami bermain dalam formasi beregu, saya berpasangan dengan Mursyid. Kami menang 4 perlawanan kemudian kami pergi ke Dewan Makan  kerana kelaparan. Semasa waktu ...

Jurnal 15/4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di permulaan hari, saya menyangka akan beriadah di Dewan Serbaguna semasa waktu pembelajaran Pendidikan Jasmani. Tetapi Cikgu Wan Rezawana ( Guru PJ ) tidak dapat hadir ke kelas kerana melatih pasukan 'softball' lelaki bawah 18 tahun di Padang UKM. Selepas mata pelajaran Pendidikan Jasmani ialah 'English', semasa mata pelajaran 'English' saya berada di Makmal Komputer kerana cikgu tidak hadir ke kelas. Selepas itu, ialah mata pelajaran Matematik. Miss Su ( Guru Matematik ) banyak mengajar tentang 'Algebra'. Saya dapat belajar benda baharu yang amat berharga bagi saya. Miss Su memberikan kerja rumah untuk memastikan saya faham apa yang diajarnya di dalam kelas. Selesai mata pelajaran Matematik ialah Kimia. Semasa kimia, saya dan Afiq ( Kawan ) membentangkan tentang 'SI-Unit In Chemistry'.Selepas itu, saya mempunyai kelas Seni Persembahan. Kemudian, saya pergi bermain ping pong di Dewan Serbaguna. Sepat juga s...

Jurnal 14/4/2014 (14/4/14)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya pada hari ini. Pada hari ini, saya telah mendapat tugasan untuk membuat Jurnal Harian. Semasa dalam kelas Bahasa Melayu, saya mendapat tugasan untuk mengemukakan teori mengenai kes kehilangan pesawat MH370. Saya berpendapat bahawa kehilangan pesawat ini boeh dikaitkan dengan sebuah filem Hollywood iaitu filem Non-Stop. Saya diberi amanah oleh Cikgu Mior untuk memegang kunci Makmal Bahasa kerana pada hari esok beliau tidak dapat hadir. Kemudian pada sebelah petang saya membuat satu eksperimen di Makmal Biology 2. Eksperimen ini di dalam tajuk ketiga iaitu 'Structure Of The Plasma Membrane'. Selepas habis waktu kelas, saya ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah yang mesti di hantar esok hari. Saya terpaksa mengorbankan masa beriadah saya. Selesai membuat kerja rumah, saya menyiapkan diri untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dewan Seberguna. Selesai solat, saya segera menuju ke kel...

Polemik MH370

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin menceritakan tentang MH370 yang dahulunya berleluasa tetapi sekarang makin dilupakan. Di sini, saya ingin mengemukakan pandangan saya terhadap Kes MH370 ini. Pada beberapa hari sebelum kejadian MH370 saya,Mursyid,Zuhdi dan Abang Amir Fikri pergi ke Mines untuk pergi berbelanja. Selepas berbelanja sakan, kami bercadang untuk singgah sebentar di pawagam. Di pawagam saya menonton cerita 'Non-Stop'. Ianya mengisahkan tentang sebuah kapal terbang yang mewah dipenuhi oleh ramai penumpang dan salah seorang daripadanya ialah marshal udara. Marshal udara itu diganggu oleh penjenayah yang berada di dalam kapal tersebut dengan menghantar pesanan ringkas 'SMS'. Penjenayah itu menghantar pesanan bahawa salah seorang penumpang di dalam pesawat itu akan mati dalam masa 20 minit. Pada mulanya marshal itu menganggap ianya sebagai gurauan tetapi, lama-kelamaan dia menjadi risau. Jadi dia bertindak untuk mencari penjenayah tersebu...