Balik ke Permata!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sekali lagi kepada semua yang sedang membaca blog saya yang tidak berapa cantik dan menarik ini. Saya tidak tahu bagaimana cara dan kenapa anda boleh membaca perkara yang saya 'post'. Baiklah, pada hari ini, saya bangun agak lewat di Homestay Seri Warisan kerana keadaan yang sesuai untuk bangun lambat (Kalau tak faham, buat-buat faham). Kemudian, saya dan keluarga pergi membeli- belah. Saya membeli barang-barang yang diperlukan. Kemudian, saya pergi kembali ke 'homestay' untuk berehat.. Semasa hampir pukul 12.00 tengah hari, saya bertolak untuk kembali ke Pusat Permatapintar Negara. Sesampainya saya di 'QuadP', dengan segera saya memunggah barang-barangan ke dalam bilik.

Comments