Jurnal 14/4/2014 (14/4/14)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya pada hari ini. Pada hari ini, saya telah mendapat tugasan untuk membuat Jurnal Harian. Semasa dalam kelas Bahasa Melayu, saya mendapat tugasan untuk mengemukakan teori mengenai kes kehilangan pesawat MH370. Saya berpendapat bahawa kehilangan pesawat ini boeh dikaitkan dengan sebuah filem Hollywood iaitu filem Non-Stop. Saya diberi amanah oleh Cikgu Mior untuk memegang kunci Makmal Bahasa kerana pada hari esok beliau tidak dapat hadir. Kemudian pada sebelah petang saya membuat satu eksperimen di Makmal Biology 2. Eksperimen ini di dalam tajuk ketiga iaitu 'Structure Of The Plasma Membrane'. Selepas habis waktu kelas, saya ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah yang mesti di hantar esok hari. Saya terpaksa mengorbankan masa beriadah saya. Selesai membuat kerja rumah, saya menyiapkan diri untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dewan Seberguna. Selesai solat, saya segera menuju ke kelas untuk menyiapkan kerja rumah yang masih belum diselesaikan. Setelah waktu 'prep' habis, saya berjalan menuju ke bilik untuk berehat dan membuat sedikit ulang kaji. Sampai di sini sahaja apa yang saya lalui pada hari ini. Sekian Terima Kasih
Comments
Post a Comment