Jurnal 15/4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di permulaan hari, saya menyangka akan beriadah di Dewan Serbaguna semasa waktu pembelajaran Pendidikan Jasmani. Tetapi Cikgu Wan Rezawana ( Guru PJ ) tidak dapat hadir ke kelas kerana melatih pasukan 'softball' lelaki bawah 18 tahun di Padang UKM. Selepas mata pelajaran Pendidikan Jasmani ialah 'English', semasa mata pelajaran 'English' saya berada di Makmal Komputer kerana cikgu tidak hadir ke kelas. Selepas itu, ialah mata pelajaran Matematik. Miss Su ( Guru Matematik ) banyak mengajar tentang 'Algebra'. Saya dapat belajar benda baharu yang amat berharga bagi saya. Miss Su memberikan kerja rumah untuk memastikan saya faham apa yang diajarnya di dalam kelas. Selesai mata pelajaran Matematik ialah Kimia. Semasa kimia, saya dan Afiq ( Kawan ) membentangkan tentang 'SI-Unit In Chemistry'.Selepas itu, saya mempunyai kelas Seni Persembahan. Kemudian, saya pergi bermain ping pong di Dewan Serbaguna. Sepat juga saya menitiskan beberapa titis peluh. Itu sahaja dari saya pada hari ini. Terima Kasih
Comments
Post a Comment