Jurnal 16/4/2014

Assalamualaikum dan hai,pada pagi ini saya tidak terlibat dengan mata pelajaran Elektif kerana tidak mengambil sebarang kelas. Selepas minum pagi, saya menghadiri kelas Kimia. Cikgu Mohd Nor ( Guru Kimia ) menyuruh kami ( Kelas 1K3 ) membentangkan graf dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan Afiq ialah graf terbaik ( Pada pandangan cikgu ). Selepas itu, kami disuruh untuk membuat 'Lab Report' berkaitan dengan eksperimen yang kami lakukan beberapa hari yang lepas. Kami sungguh gembira kerana cikgu menyuruh kami menghantar 'Lab Report' kami pada Jumaat yang akan datang. Selepas rehat, saya berehat di bilik rakan kerana guru yang mengajar mata pelajaran Fizik terlibat dengan mesyuarat. Ketika jam tepat menunjukkan ke nombor 5, saya dan Mursyid ( Kawan ) segera menuju ke Dewan Serbaguna untuk pergi bermain ping pong.Kami bermain dalam formasi beregu, saya berpasangan dengan Mursyid. Kami menang 4 perlawanan kemudian kami pergi ke Dewan Makan  kerana kelaparan. Semasa waktu 'prep', saya dan ahli kelas pergi ke kelas Asasi Pintar ( Di bawah kelas 1K3 ) kerana kelas kami akan digunakan pada esok hari untuk di temu ramah oleh 'Petronas'. Sekian sahaja sampai di sini, InshaAllah dilain hari akan bertemu kembali.

Comments