Jurnal 21/4/2014
Pada pagi ini, saya bercadang untuk bangun awal kerana ada Hari Keusahawanan. idurTetapi, kerana malas hendak bergerak, saya tidur dengan lena. Saya tersedar pada puku 9.30 pagi, saya tergesa-gesa untuk menyiapkan diri kerana saya terlibat dalam aktiviti 'Paint Balloon'. Selepas saya tiba di kawasan perlawanan saya mendapati tiada orang di kawasan itu. Sementara menunggu, saya bersama rakan saya bercadang untuk masuk ke dalam 'Rumah Hantu'. Kemudian, kami masuk ke dalam. Pada mulanya, kami ketawa terbahak-bahak kerana salah seorang daripada kawan saya membuat lawak. Kami meneruskan perjalanan ke jalan keluar, semasa dalam perjalanan, saya dapat melihat gelagat rakan ketika sedang takut. Kami berlari pecut menuju ke jalan keluar. Semasa di luar, kami ketawa sekali lagi kerana seorang daripada kawan saya tertinggal seliparnya.Kemudian, kami pergi ke Dewan Serbaguna untuk membeli makanan dan minuman seperti Mi Kolok, Murtabak Maggi, Mi Hun, Yong Tau Fuu, Pancake dan lain-lain. Kami pergi ke tempat Paint Balloon semula tetapi masih tiada orang. Selepas itu, saya ke Kelas 3 Fasa 1 untuk bermain permainan XBOX. Saya bermain permainan itu selama 20 minit. Penghabisannya, kami tidak bermain 'Paint Balloon'. Pada malam hari pula, saya membantu Kelas 5K3 untuk membersihkan Dewan Serbaguna untuk digunakan semasa perhimpunan pada esok hari. Semasa menolong, saya ada terasa sedikit sakit di tulang belakang. Kemudian, saya menolong membawa barang-barang seperti susu, bawang . Hari ini, saya berasa tidak berapa bertuah kerana tin susu itu telah tumpah di baju. Itu sahaja yang saya dapat sampaikan pada hari ini.
Comments
Post a Comment