Outing

Assalamualaikum, pada hari ini, saya bangun (awal rasanya) dan bersiap seperti biasa. Kemudian, saya pergi ke bilik beberapa orang kawan untuk mengajak mereka 'outing'. Kami menelefon teksi. Pada mulanya, saya Zuhdi, Amer, Karamie, Mursyid dan Kamal hendak menaiki satu teksi sahaja, tetapi pemandu teksi itu hanya membenarkan 4 orang sahaja dalam satu masa. Jadi saya, Mursyid dan Zuhdi mengambil keputusan untuk menunggu teksi seterusnya. Sementara menunggu teksi tiba, Zuhdi pergi ke Dewan Makan untuk berlatih bermain piano.

Sesampainya teksi di permata, saya memangil Zuhdi kerana dia begitu asyik bermain piano. Ketika di dalam teksi, kami semua mendiamkan diri kerana pemandunya yang tidak mesra dan sombong (mungkin). Sesampainya kami di KTM UKM, kami dapat melihat Amer, Kamal dan Karamie sedang menunggu kami dengan penuh kesabaran. Selepas kami menjejakkan kaki di kaunter, saya dapati Komuter sudah tiba, dengan tergesa-gesa Karamie hanya membeli 5 tiket KTM dan terlupa untuk membeli tiket untuk Amer.

Kami terpaksa meninggalkan Amer di kaunter KTM UKM. Semasa di dalam KTM, kami berborak-borak sebentar mengenangkan nasib Amer yang tertinggal. Kami menghantar pesanan ringkas bahawa kami akan menunggunya di 'Pasaraya Mines' yang terletak di Serdang.

Comments