Penat + Gembira
Assalamualikum dan selamat sejahtera,pada hari inilah acara yang dinanti-nantikan akan dilangsungkan iaitu acara merentas desa!!!! Saya bangun awal pagi dan solat subuh (Terima Kasih Abang Abul!!). Selesai solat, saya berasa seperti hendak tidur, tetapi saya bermain 'Facebook'. Selepas mandi, saya berjalan menuju ke bilik dalam keadaan mengigil kesejukan. Brrrr!! Saya memakai baju PJ dan seluar yang malam tadi saya jahit.(Nasib baik tak koyak) Beberapa minit sebelum acara bermula, perut saya dengan secara tiba-tiba dan tidak sengaja membuat hal. Saya pergi ke bilik air untuk menyelesaikannya. Setelah saya keluar, saya mendapati semua rakan-rakan saya sudah bersiap sedia untuk berlari.Saya berlari-lari anak setelah dipanggil oleh cikgu. Pada permulaan, saya mendapati Amer mendahului larian sesampainya di Pusat Haiwan(Checkpoint 1), saya mengambil getah pertama (Supaya tidak bermain tipu) kemudian saya mendapati Amer sudah keletihan kerana berlari pecut di jalan yag berbukit (Budak tak ada strategi). Dia berkata kepada rakan yang melintasnya "Kau pergi dulu" saya tertawa melihat Amer.
Strategi saya ialah mendekati rakan yang ada di hadapan.Kemudian ketika jalan bukit saya menyuruh dia menunggu saya, kemudian ketika di jalan rata kami berjoging bersama-sama, tetapi ketika di jalan menurun bukit, saya terus berlari pecut tanpa mempedulikan rakan saya sebentar tadi. Setelah jauh meninggalkannya, saya berjalan kerana letih.Kemudian, saya terus berjalan, apabila saya dapat melihat rakan, saya terus berlari pecut sehingga ke garisan penamat.Pada awalnya, saya mensasarkan nombor 13 tetapi, saya mendapt nombor 3 (Alhamdulillah dapat medal gangsa!!!).Ketika di waktu petang, saya menyiapkan 'Lab Report Biology' dan 'Chemistry' ketika menulis, tangan saya mengigil kepenatan. Tetapi, saya cuba menghilangkan rasa penat itu. Pada malam ini, saya ke Homestay Seri Warisan untuk tidur bersama keluarga tersayang.(melepaskan rindu) Sebelum saya terlupa, saya ingin menyatakan kedudukan keseluruhan rumah sukan. Tempat Keempat (4) Ruby!!!!! :'( (kesian) Tempat Ketiga (3) EMERALD!!!!!! Wow!!! naik satu anak tangga!!! Tempat Kedua (2) Sapphire ('stay' macam tahun lepas) Juara ialah Topaz (krik..krik...) Sekian harap tiada siapa yang marah :P

Baik punye strategi :P
ReplyDelete