Polemik MH370
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, hari ini saya ingin menceritakan tentang MH370 yang dahulunya berleluasa tetapi sekarang makin dilupakan. Di sini, saya ingin mengemukakan pandangan saya terhadap Kes MH370 ini. Pada beberapa hari sebelum kejadian MH370 saya,Mursyid,Zuhdi dan Abang Amir Fikri pergi ke Mines untuk pergi berbelanja. Selepas berbelanja sakan, kami bercadang untuk singgah sebentar di pawagam. Di pawagam saya menonton cerita 'Non-Stop'. Ianya mengisahkan tentang sebuah kapal terbang yang mewah dipenuhi oleh ramai penumpang dan salah seorang daripadanya ialah marshal udara. Marshal udara itu diganggu oleh penjenayah yang berada di dalam kapal tersebut dengan menghantar pesanan ringkas 'SMS'. Penjenayah itu menghantar pesanan bahawa salah seorang penumpang di dalam pesawat itu akan mati dalam masa 20 minit. Pada mulanya marshal itu menganggap ianya sebagai gurauan tetapi, lama-kelamaan dia menjadi risau. Jadi dia bertindak untuk mencari penjenayah tersebut. Tetapi sebenarnya dia yang membunuh salah seorang penumpang di pesawat itu. Penjenayah itu mengelirukannya lagi dengan mengatakan bahawa setiap 20 minit seorang penumpang akan mati.Kapal itu telah dirampas oleh penjenayah. Saya merasakan MH370 terjadi seperti ini.Pada pandangan saya, kapal itu dirampas kemudian terhempas di Lautan Hindi atas sebab-sebab tertentu. Jadi itu adalah pandangan saya.
Comments
Post a Comment