Futsal!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada hari ini saya bangun lambat, selepas itu saya dikejutkan oleh abang Amirul Ruzaini. Abang 'Aru' memberitahu bahawa kami akan ke Za'ba kerana di Permatapintar, tiada elektrik pada pukul 6 petang sehingga pukul 6 pagi. Selepas itu, saya mengejutkan rakan-rakan saya. Kemudian, saya pergi ke bilik untuk mengemaskan barang. Dalam pukul 10 pagi, kamu ke Za'ba menaiki bas yang ditempah.

Sesampainya kami di sana, kami memunggah barang ke bilik yang disediakan. Bilik saya ialah 2218. Saya duduk di bilik itu bersama Mursyid. Kemudian, kami pergi ke bilik Zuhdi untuk melepak di situ. Kemudian, kami bercadang untuk membeli pizza.

Selepas itu, kami pergi ke court futsal. Kami bermain bola futsal bersam dengan senior. Semasa sesi pemanasan badan, saya dapat menjaringkan tiga gol. GOL!!!!! Oleh kerana berkaki ayam, saya mengalami sedikit kecederaan di tapak kaki.

Comments