Jepun
Hajimemashite, persekolahan berjalan seperti biasa. Diwaktu petang, kelas Jepun diadakan pada pukul 4.30 petang. Sebelum ke kelas, saya menyiapkan semua kerja yang perlu dihantar. Selepas siap, saya melelapkan mata untuk seketika kerana terlalu penat. Selepas itu, saya dikejutkan oleh rakan di sebelah bilik saya. Saya sedar dalam keadaan pening.(Mungkin disebabkan keadaan sekeliling yang bising) Saya terus ke makmal komputer untuk menghadiri kelas Jepun. Tetapi, saya hampa kerana Sensei Masera mempunyai kecemasan. Jadi, kelas akan ditangguhkan pada esok hari.
Comments
Post a Comment