Jurnal 4/5

Assalamualikum dan selamat sejahtera, hari ini saya amat letih kerana pada pagi hari, saya bermain ping pong dan badminton. Saya mandi peluh dengan banyak sekali. Kemudian, saya ke bilik Aizuddin untuk melihat 'movie bertajuk 'I'm Number 4'. Kemudian, saya ke bilik Syed, tanpa saya sedari, saya telah tertidur di katil Syed sehingga pukul 4, saya dikejutkan oleh Abang Amir Arshad untuk solat Asar. Kemudian, saya mengejut Syed yang tidur di sebelah saya. Ketika menuruni tangga, kaki saya terasa sangat lemah seperti hendak pitam, tetapi saya masih kekal berdiri. Selepas itu, saya pulang ke bilik saya untuk menyiapkan kerja sinopsis. Selepas siap, saya terus tertidur di katil dengan lemah. Ketika jam menunjukkan ke arah 7, saya dikejutkan oleh Abang Haikal (Roommate) Kemudian saya mandi. Seterusnya, Saya ke Dewan Makan. Akhirnya penantian berakhir.... Apabila kedengaran laungan azan saya terus membaca doa dan minum sedikit demi sedikit.

Comments