Melayu Banjar!!!!

Assalamualaikum, hari ni saya rase macam nak puasa tapi niat saya itu terbengkalai. Jadi, seperti biasa saya ke surau untuk solat Subuh. Kemudian, sarapan nasi goreng. Kelas pertama ialah kelas Self Development. Kami diberi pilihan untuk memilih bangsa yang kami suka antaranya ialah Banjar,Cina,Melayu,Jawa,Brunei Sabah dan lain-lain. Pada mulanya saya ingin menyertai bangsa Jawa tetapi oleh kerana terlalu ramai, saya menyertai bangsa Banjar. Kami diarahkan untuk menyenaraikan perayaan, adat resam, makanan, pakaian, perkahwinan dan bahasa. Pada mulanya, ahli kumpulan saya tidak mengetahui tentang masyarakat Banjar. Tetapi, atas bantuan 'Google' kami dapat mempelajari pelbagai  perkara yang menarik tentang Banjar. Antaranya ialah, Perkahwinannya majlis bersanding diadakan di rumah pengantin perempuan, kemudian, pengantin lelaki membawa kesemua barang keperluan seperti beras, dapur dan lain-lain. Yang saya tidak boleh lupa ialah pengantin lelaki hendaklah membawa 2 biji kelapa tua sebagai hantaran yang amat penting. Saya tertawa terhadap adat perkahwinan Banjar. Tetapi, adat orang mesti dihormati, jadi saya hanya ketawa perlahan sahaja. Sekian sahaja dari saya untuk hari ini. Assalamualikum...

Comments