Novel (Harap tidak membosankan)

Non- Stop
Bab 1 : Pembukaan
Di suatu petang yang hening, seorang lelaki bernama Aizu pergi ke lapangan terbang antarabangsa di Amerika. Dia akan berlepas ke China tepat pada pukul 9 malam. (Waktu Amerika) Semasa dia membawa barang-barang, dia terlanggar seorang lelaki berkaca mata bernama Mursyid. Lalu, dia bersembang-sembang seketika bersama Mursyid. Setelah kedengaran pengumuman yang mengatakan kapal terbang akan berlepas tidak lama lagi, Aizu terus ke kapal terbang dengan keadaan segera. Ketika di dalam kapal terbang, dia tercari-cari tempat duduknya. Seorang pramugari terlihat akan kehadiran Aizu lalu mendekati dan membantunya.
Tempat duduk Aizu adalah di tengah pesawat. Dia duduk bersama Amer, seorang pakar komputer. Aizu seperti tidak selesa ketika duduk bersama Amer. Dia berharap Amer dihilangkan dari tempat duduknya.  Tiba-tiba, hajat Aizu seperti dikabulkan kerana seorang wanita ingin menukar tempat duduk dengan Amer. Amer seperti tidak mahu berpindah, tetapi setelah Aizu membuat muka bengis kepada Amer, dia pun pergi ke tempat duduk perempuan itu. Aizu berasa lega. Dia bertanyakan kepada wanita itu perkara yang membuatkan dia ingin menukar tempat. Wanita itu menjawab kerana dia ingin duduk di sebelah tingkap. Aizu bertanya lagi kenapa dia mahu duduk di sebelah tingkap. Wanita itu pun menjawab bahawa dia ingin melihat suasana di luar pesawat. Mereka bersembang dengan rancak sekali. Namun perbualan mereka terhenti apabila terdengar satu pengumuman yang mengatakan bahawa pesawat akan bertolak. Pramugari dan pramugara menolong penumpang-penumpang untuk memakai tali pinggang demi keselamatan.
Selepas memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang, pesawat yang dikendalikan oleh seorang juruterbang yang berpengalaman dan seorang juruterbang baru berlepas. Aizu yang sudah beberapa kali menaiki pesawat masih tidak dapat membiasakan diri ketika berlepas. Wanita disebelahnya melihat Thomson seperti baru kali pertama menaiki pesawat.
Ketika berada di udara, dia menarik nafas lega. Ketika itu, jam menunjukkan tepat  jam 1 pagi. Aizu pergi ke tandas. Di dalam tandas, dia mengeluarkan semua barang-barang yang ada di dalam poket. Dia mengeluarkan ‘badge’ Marshal Udara, kotak rokok dan lain-lain. Dia menghisap rokok di dalam dengan tanpa gangguan sesiapa. 
Tiba-tiba, Aizu mendapat pesanan ringkas (SMS) dari nombor yang tidak diketahui. Pesanan itu menyatakan  bahawa dia (No. Misteri) akan membunuh salah seorang penumpang pesawat yang dinaiki itu pada 20 minit dari . Pada mulanya, Aizu menganggap itu hanya gurauan dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi, selepas 5 minit, dia merasakan itu adalah satu amaran dan dia perlu bertindak dengan kadar yang sesegera yang boleh.
Lalu, tanpa berfikir panjang, dia menemui rakannya Zuhdi yang sama jawatan dengannya. Aizu mengajaknya ke tempat yang tersembunyi lalu menunjukkan pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.  Zuhdi yang sedang membawa sebuah beg merasakan ianya hanya gurauan. Aizu meminta Zuhdi untuk membuka beg yang dibawanya. Zuhdi berdegil kerana tidak mahu menunjukkan isi kandungan beg yang dibawa.
Dengan serta-merta, Aizu merampas beg Zuhdi dan terus membukanya. Aizu terkejut kerana isi kandungan beg itu adalah DADAH. Zuhdi mula risau dan tanpa berfikir secara waras, dia mencuba untuk membunuh Aizu. Aizu hanya ada dua pilihan iaitu membunuh rakannya atau dia dibunuh. Oleh kerana dia seorang Marshal yang berpengalaman tinggi, dia telah berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibunuh. Tetapi, rakannya tidak bernasib baik kerana dia terbunuh. Dia melihat sekali lagi isi kandungan beg itu untuk memastikan itu adalah ganja ataupun tidak. Ternyata, itu adalah dadah yang sebenar. Aizu berasa sangat bersalah. Aizu teringat kata-kata terakhir Zuhdi “Aku buat macam sabab aku perlukan duit”. Aizu menjangkakan bahawa Zuhdi adalah mangsa ‘Keldai Dadah’. Aizu menutup pintu bilik tersebut dan menguncinya.

Bab 2 : Pembunuhan Kedua

Aizu keluar dari bilik itu dengan perasaan sedih bercampur risau. Tiba-tiba dia disergah oleh seorang pramugari. Pramugari itu menyatakan ‘Encik mahu apa?’ Lalu Aizu menjawab ‘Tidak mengapa’. Lalu, Aizu terus ke temat duduknya. Semasa dalam perjalanan, dia diganggu oleh pesanan ringkas oleh nombor yang tidak dikenali. Dia menjeling-jeling ke kanan dan kiri untuk melihat jika penjenayah itu berada di sebelahnya.
Sesampainya di tempat duduknya, wanita di sebelahnya bertanya ‘Kamu pergi ke mana?’. Lalu Aizu menjawab ‘ Bilik Air’. Wanita itu mengangguk tanda faham. Kemudian, Aizu mendapat SMS sekali lagi dan ianya menyatakan Setiap 20 minit, salah seorang penumpang pesawat ini akan mati.
Aizu mulai cemas, dia ke tempat kawalan dan meminta kebenaran masuk. Dia menunjukkan lencana miliknya. Aizu dibenarkan masuk ke pusat kawalan. Aizu meminta juruterbang itu mematikan talian internet. Kemudian, Aizu pergi ke tempat duduknya.
Tidak sampai beberapa minit, Aizu pergi semula ke pusat kawalan untuk membuka semula talian internet. Setelah membuka talian, dia mendapati banyak SMS yang diterima dari penjenayah tersebut.
Kemudian, Aizu terdengar jeritan meminta tolong di puast kawalan. Setelah tiba di sana, dia terkejut kerana melihat juruterbang yang berpengalaman telah tidak bergerak di kerusinya. Kemudian, selepas memeriksa  nadinya, Aizu mengesahkan juruterbang itu mati kerana terkena racun di lehernya.

Lalu, tanpa membuang masa, Aizu pergi menyiasat tentang kematian itu. Semasa pergi menyiasat, dia telah mendapat pesanan ringkas yang menyatakan  ‘ Kamu bertindak begitu lambat, baik kamu memuatkan wang sebanyak 1.5 juta dollar Amerika ke dalam no. akaun yang telah saya berikan’. Kemudian, Aizu menelefon pegawai peribadinya dan menyuruhnya untuk menyemak pemilik no. akaun itu. Pegawai peribadinya hanya menuruti perintahnya.
            Kemudian, salah seorang daripada peragawati di dalam pesawat itu memberitahu bahawa terdapat satu lubang di dalam tandas yang terus ke arah jurutera yang telah mati itu. Kemudian, mereka meluhat lubang itu, ternyata lubang itu memang digunakan untuk membunuh juruterbang.
             Aizu meminta untuk melihat rakaman penumpang menunjukkan siapa yang masuk ke dalam tandas dalam masa terdekat. Selepas itu, Aizu terkejut kerana orang yang masuk ke dalam tandas itu hanyalah wanita yang duduk di sebelahnya sahaja. Kemudian, Aizu memanggil wanita itu ke pusat kawalan. Pada mulanya, wanita itu hairan kerana mengapa dia dibawa ke pusat kawalan.
             Sesampainya di sana, wanita itu sangat terkejut, lalu ditenangkan oleh pramugari yang ada di situ. Selepas wanita itu tenang, dia bertanya kepada Aizu, “ Apa yang sedang berlaku? “ Lalu Aizu menjawab, “ Seorang juruterbang telah dibunuh oleh seorang penjenayah yang sangat licik dan bijak yang berada di dalam pesawat ini ” Lalu wanita itupun bertanya “ Bagaimana? “ Aizu menjawab “ Dia telah membunuh juruterbang dengan menusuk sebatang jarum yang telah diletakkan racun melalui sebuah lubang kecil di dalam tandas “ Lalu wanita itu berpandangan Antara pramugari dan Aizu, ida bertanya “ Adakah saya suspeknya? “ Mereka tidak memberikan respon.

                                               Bab 3 : Misteri

Kemudian, Aizu mendapat satu buah fikiran iaitu melihat siapa yang memegang telefon bimbit semasa dia sedang membalas pesanan ringkas kepada penjenayah itu melalui ‘CCTV’. Kemudian, Aizu meminta wanita itu dan pramugari untuk membulatkan skin ‘CCTV’ di tempat duduk orang yang memegang telefon bimbit itu.
            Aizu meneruskan rancangannya, dia membalas pesanan ringkas yang dihantar oleh penjenayah tersebut. Lalu, mereka mendapati bahawa ramai yang sedang menggunakan telefon bimbit ketika mereka sedang berusaha mencari penjenayah. Kesemua penumpang pesawat yang memegang telefon bimbit dituls tempat duduknya di dalam sebuah buku.
             Tanpa membuang masa, Aizu pergi ke tempat duduk penumpang-penumpang yang memegang telefon bimbit untuk memeriksa telefonnya. Terdapat lebih kurang 30 orang penumpang yang mesti diperiksa telefon bimbitnya. Ada yang dipaksa menyerahkan telefon bimbit dan ada yang menuruti arahan.
Setibanya di tempat seorang lelaki gemuk, dia seperti banyak menanyakan soalan untuk melengah-lengahkan Aizu memeriksanya. Kemudian, Aizu menjumpai sebuah telefon bimbit. Lelaki itu tidak mengakui bahawa itu adalah telefon bimbitnya.  Aizu membaca pesanan ringkas di dalam telefon bimbit itu. Ternyata, itu adalah telefon bimbit yang dimiliki oleh penjenayah itu. Tanpa berfikir panjang, Aizu membawanya ke satu tempat dan memaksanya untuk bercakap. Walaubagaimana cara sekalipun, lelaki itu tetap mempertahankan pernyataannya iaitu “ Itu bukan telefon bimbit saya , ia muncul di dalam poket saya secara tiba-tiba.” Tetapi, Aizu tidak mempedulikan kenyataan yang dibuat oleh lelaki itu.
Di memukul lelaki itu dan secara tiba-tiba, mulut  lelaki itu mengeluarkan banyak buih yang menggelikan. Aizu menyedari sebatang jarun terlekat di perut lelaki itu. Aizu segera menanggalkan jarum itu dan dia memeriksa keadaan lelaki itu. Malang nasib lelaki itu kerana dia telah mati akibat racun yang sama seperti juruterbang itu.
Aizu duduk berlutut di bawah, dia memikirkan tentang pembunuhan yang berlaku di dalam tandas. Baru dia sedar bahawa dia yang membunuh seorang demi seorang penumpang pesawat itu kerana dia hanya terlewat sedikit sahaja.
Aizu semakin tidak berkeyakinan. Lalu, dia ke tempat duduknya sambil diperhatikan penumpang-penumpang yang lain. Pramugari di situ juga hairan dengan Aizu. Wanita yang berada di sebelahnya bertanya di mana lelaki yang dibawa Aizu sebentar tadi. Tetapi… Aizu hanya menggelengkan kepala. Wanita itu menutup mulutnya dengan tangan dan memandang ke bawah tanda simpati.

Bab 4 : Keliru

Secara tiba-tiba, terdengar berita yang menceritakan tentang Aizu dan biodata-biodata peribadinya. Pegawai peribadinya menelefon dan memberitahu bahawa no.akaun yang diberi ialah nombor akaunnya sendiri.
Aizu terkejut dan seperti tiada semangat lagi untuk menyelesaikan misinya untuk menyelamatkan penumpang di dalam pesawat itu.
Di berita juga ada memaparkan tentang rakaman video yang dilakukan olehnya, video itu dirakan oleh Amer, seorang penumpang pesawat yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya sehingga ke berita.
Akibat terlalu marah, Aizu tidak dapat mengawal perasaan dan terus membelash Amer.
Ketika itu, kesemua penumpang yang terbunuh terlah terbongkar.Kesemua penumpang mulai panik.

        Bab 5 : Kebenaran terbongkar
Secara tiba-tiba, Aizu teringat akan dadah yang berada di dalam beg . Aizu pergi semula ke dalam beg itu dan mengalihkan kesemua dadah itu ke tepi. Ternyata, terdapat sebuah bom yang apabila sudah diaktifkan tidak boleh dimatikan. Aizu mengumpulkan kesemua orang yang berguna baginya untuk menyelesaikan masaalah berikut.
Dia memberikan cadangan untuk meletakkan bom itu di penghujung ataupun ekor pesawat itu. Kemudian, meletakkan kesemua beg-beg keatasnya untuk menambahkan tekanan untuk meletup di bawah. Kesemuanya setuju dengan rancangan Aizu. Mereka menyuruh semua penumpang yang duduk di bahagian belakang ke hadapan untuk mengelakkan kecederaan.
Walaupun sempit, semua menuruti arahan. Aizu mengarahkan juruterbang menurunkan kadar ketinggian daripada 80,000 meter kepada 40,000 meter. Pada mulanya juruterbang itu berkeras untuk tidak melakukannya kerana ia adalah penerbangan pertamanya. Tetapi , selepas mengetahui terdapat sebuah bom dia dalam pesawat, dia akhirnya menuruti. Kemudian, di ketinggian 40,000 meter tepat, bom itu meletup sekuat yang boleh. Juruterbang itu bertarung Antara hidup dan mati kerana jika dia berjaya mendaratkan pesawat itu, dia Berjaya menjadi juruterbang yang bertanggungjawab tetapi, jika dia terhempas, dia akan mengorbankan beribu-ribu nyawa yang tidak bersalah.
Dalam keadaan itu, kesemua penumpang memakai penutup hidung untuk mengelakkan lemas. Sementara itu, Aizu bertarung dengan Mursyid iaitu penjenayah yang sebenar. Mursyid telah mempergunakan Amer untuk merampas pesawat itu tetapi tidak Berjaya kerana dapat dihalang oleh Aizu. Partarungan itu amat sengit kerana ianya berkaitan dengan hukum fizik. Oleh kerana Aizu lebih berpengalaman tinggi, Aizu dapat menewaskan Mursyid dalam keadaan gravity yang berbeza. Dia bernasib baik kerana dia dapat menembak tepat kearah dada Mursyid.
Tiba di saat-saat genting, juruterbang berusaha bertungkus-lumus untuk mendaratkan pesawat itu dengan selamat. Atas keyakinan dan keberaniannya, dia telah Berjaya mendaratkan sebuah pesawat yang kehilangan ekornya buat kali pertama dalam sejarah hidupnya. Dia dan kesemua penumpang pesawat itu teramat-amat bersyukur . Mereka keluar menggunakan tangga kecemasan yang lembut dan selamat.

Mereka semua disambut dengan beberapa buah van ambulan yang diarahkan untuk merawat pesakit.    

Comments