Isu
Tajuk:
Kanak-kanak lebih suka bermain permainan video daripada beriadah.
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera, tajuk saya ialah Kanak-kanak lebih suka bermain permainan
video daripada beriadah. Pada pendapat saya, permainan video dan riadah
mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Antara kebaikan
permainan video ialah menghilangkan tekanan dan menguatkan minda ketika bermain
permainan yang berasaskan strategi. Contohnya Counter-Strike Condition Zero,
Minecraft, Blackshot dan lain-lain. Kesemua permainan video di atas memerlukan fokus
yang tinggi dan anggaran yang tepat.
Keburukan bermain permainan video pula ialah
boleh merosakkan mata, melalaikan dan boleh mendatangkan penyakit berbahaya.
Majoriti kanak-kanak pada zaman kini memakai cermin mata disebabkan rabun. Mata
boleh rosak jika terlalu dekat dengan skrin dan bermain permainan video dalam
keadaan yang gelap. Pelajar yang baru memakai cermin mata mungkin berasa tidak
selesa kerana terdapat sesuatu di muka mereka. Ia mungkin mengambil masa yang
agak lama untuk membiasakan diri. Jika terlalu taksub dengan permainan video,
ia akan mendatangkan pelbagai penyakit. Salah satunya ialah penyakit malas.
Kita tidak akan mengeluarkan peluh jika sentiasa di dalam rumah.
Seterusnya, permainan
video juga melalaikan kerana jika kita bermain sesuatu permainan, kita pasti
akan mencuba sedaya-upaya untuk memenangi permainan tersebut. Jika pemain itu
gagal, dia akan mengulang semula permainan itu sehingga dia berjaya. Ini akan
melahirkan sikap tidak berputus asa. Permainan video ini boleh membuatkan
kanak-kanak menjadi ketagih. Apabila kanak-kanak ketagih, mereka mungkin tidak
mengendahkan atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Mereka mungkin
akan bermain permainan video yang mereka ketagih sehingga tidak tidur.
Akibatnya, ketika di kelas pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru
yang mengajar kerana mengantuk.
Kebaikan
beriadah pula ialah dapat menyihatkan
badan, mencergaskan minda, dan mengeratkan silaturahim. Dengan beriadah, kita
dapat menyihatkan badan kerana badan akan mengeluarkan peluh secara banyak.
Apabila kita mengeluarkan peluh, secara automatik badan kita sihat dan cergas. Contohnya bermain badminton, bola sepak, lari pecut
akan mengeluarkan peluh yang banyak. Dengan beriadah juga, kita dapat bertemu
ramai kenalan yang baharu.
Jadi, di sini, saya
ingin menekankan bahawa kita boleh bermain permainan video tetapi hendaklah
berpada-pada dan sentiasalah beriadah untuk memastikan fizikal dan mental kita
sihat.
Comments
Post a Comment