Contoh Surat Kiriman Rasmi

Muhammad Aqil bin Fahruddin
Pusat PERMATA Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600
Selangor, Malaysia
___________________________________________________________________________

Datin Sri Rosmah Mansor
Seri Perdana Complex
Persiaran Seri Perdana
Presint 10
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
.                    28 OKTOBER 2014

DATIN SRI,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS SUKAN PUSAT PERMATApintar™  NEGARA
           
Saya sebagai wakil pelajar Pusat PERMATApintar™ Negara, menjemput Datin Sri untuk menghadiri majlis perasmian Kompleks Sukan Pusat PERMATApintar™ Negara.

2.         Majlis akan dijalankan sebagaimana maklumat yang dinyatakan di bawah:
            Tarikh  : 3 November 2014 (Isnin)
            Masa    : 8.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari
            Tempat : Kompleks Sukan Pusat PERMATApintar™ Negara.

Diharapkan Datin Sri dapat menghadiri majlis perasmian tersebut bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Keprihatinan dan pertimbangan baik Datin Sri untuk menghadiri majlis perasmian tersebut amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.



MUHAMMAD AQIL BIN FAHRUDDIN
Pusat PERMATA Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600
Selangor, Malaysia



Comments