Rumusan
Petikan membincangkan mengenai akibat-akibat negatif dalam penggunaan internet dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Antara akibat-akibat negatif dalam penggunaan
internet dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah penyebaran bahan
imperialisme. Selain itu, Internet dapat menyebarkan pelbagai judul buku yang
diharamkan. Di samping itu, internet juga digunakan untuk menyebarkan fitnah.
Seterusnya, Internet turut menimbulkan masalah. Justeru itu, Internet juga
digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain.
Sehubungan itu, Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas.
Antara langkah-langkah untuk membendung
penyalahgunaan Internet adalah kerajaan perlu mengawal server bagi mengelakkan
rakyat melayari laman web yang terlarang. Selain itu, masyarakat juga perlu
bersikap bertanggungjawab dengan sentiasa mengawal penggunaan internet dan
gadget oleh anak mereka.
Kesimpulannya, masyarakat perlu lebih prihatin bagi
membendung masalah ini.
Comments
Post a Comment