Berita Terkini (23/3/2016)
Hari ini merupakan hari yang
penuh dengan warna-warni. Banyak asam garam yang berlaku pada hari ini. Seperti
biasa, Solat Subuh berjemaah di surau lelaki. Kemudian sarapan yang disediakan adalah mi goreng dan juga telur
goreng. Aku menikmatinya dengan berselera sekali. Seterusnya aku menyegerakan
diri bersiap untuk menghadapi
persekolahan. Mujur hari ini kelasku diarahkan untuk berpakaian sukan kerana
terdapat mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Tidak perlulah aku
bersusah-payah mengosok baju kemeja dan seluarku di pagi yang sibuk ini.
Bahasa
Melayu merupakan subjek pertama pada hari ini. Dan diikuti dengan Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan. Di kelas PJK, aku dan rakan sekelasku bermain permainan
‘Dodgeball’ dan diadili oleh guru PJK kami iaitu Cikgu Kamarul Bin Hamzah.
Kumpulan dibahagikan kepada dua secara sama rata. Aku sekumpulan dengan
Amer,Hakim,Nadia dan Athirah. Permainan ini berlangsung dengan sengit kerana
setiap pusingan, kemenangan akan bertukar-tukar kumpulan. Secara
keseluruhannya, permainan hari ini adalah menyeronokkan.
Pada
petang hari, latihan bola agak berbeza dari latihan-latihan yang sebelum ini.
Aku, Amer, Zuhdi dan senior-senior yang lain diarahkan oleh jurulatih untuk
membawa kasut sukan. Kami sudah menjangkakan suatu perkara yang memenatkan akan
terjadi pada petang ini. Ternyata, tekaan kami tepat kerana latihan kecergasan
adalah latihan yang dimaksudkan oleh jurulatih. Kami diarahkan untuk berlari
mengelilingi trek dan diselitkan dengan senaman seperti bangkit tubi, tekan
tubi dan bermacam-macam lagi. Meskipun penat, kami semua memberikan komitmen
yang tinggi dengan melaksanakan kesemua senaman yang diarahkan dengan jayanya.
Comments
Post a Comment