Berita Terkini (24/3/2016)
Pada hari ini, terdapat sebuah
kejadian yang telah menggemparkan satu sekolah. Iaitu hilangnya satu kelopak
bunga dari kuntumnya. Seorang pelajar Pusat PERMATApintar Negara telah
meninggalkan sekolah atas dasar alasan tidak dapat mengikuti pembelajaran yang
diajar oleh guru. Orang yang dimaksudkan itu adalah Hairul Hafiz Bin Hassan. Dia
merupakan salah seorang daripada ahli kelas 3K3 iaitu kelas dimana aku
ditempatkan. Jadi, ahli kelas kami semakin berkurangan dan semakin hambar atas
kehilangannya.
Sebenarnya,
aku ada terdengar khabar angin tentang perpindahan Hafiz ke sekolah lain
sebelum ini. Tetapi, aku tidak mengganggap ianya sebagai suatu yang serius
kerana aku tidak yakin dengan maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut
adalah benar. Terdapat kemungkinan besar perkara itu adalah hanya penipuan dan
orang yang menyebarkan fitnah akan mendapat dosa. Oleh sebab itu, aku hanya
mendengar dan tidak menyebarkan tentang berita perpindahan dia.
Hafiz merupakan seorang pelajar yang pandai. Dia juga agak handal dalam permainan catur. Tetapi, mungkin disebabkan kegagalannya dalam mengurus diri di asrama membuatkan hidupnya tidak teratur. Bagi diriku sendiri, mungkin betul tindakan dia untuk beralih ke sekolah lain kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada di depan matanya untuk menukarkan masa depannya ke arah yang lebih cerah.

Comments
Post a Comment