Berita Terkini (25/3/2016)
Hari Jumaat adalah ibu bagi
segala hari. Pada hari ini, tiada kelas diadakan bagi memberi laluan kepada
Profesor Amin untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan Web 2.0. Mengikut
penampilannya, saya dapat simpulkan bahawa Prof Amin adalah seorang yang
peramah, baik hati dan penyabar. Dia telah mengajarkan banyak perkara yang
berkaitan dengan IT.
Terdapat beberapa permainan yang
diselitkan dalam ceramah beliau menjadikan ceramah itu tidak membosankan dan
hambar. Terdapat hadiah yang disediakan oleh beliau sendiri kepada para
pemenang. Hadiah berupa wang tunai dan makanan ringan. Nama yang diberikan
kepada permainan itu adalah Kahoot. Permainan itu memerlukan internet yang
baik. Prof Amin menyediakan soalan-soalan dan dipaparkan di hadapan. Setiap
pelajar perlu melayari laman sesawang kahoot.it dan memasukkan nombor kod yang
terpapar di hadapan. Permainan ini memerlukan kepantasan dan kecerdikan yang
tinggi. Pemainan pertama berlangsung
dengan sengit sekali. Pemenang bagi permainan pertama adalah Leah Poi Jia Yuen.
Dia telah memenangi wang tunai berjumlah sepuluh ringgit.
Perbentanganya disambung dengan
mengajar cara-cara membuat pembentangan menggunakan animasi yang bergerak.
Antara aplikasi yang diajar adalah Powtoon, Animation dan pelbagai lagi.
Kemudian sekali lagi beliau menyelitkan dengan permainan Kahoot. Kali ini, ganjaran
untuk pemenang adalah makanan ringan dan juga wang tunai bernilai dua puluh
ringgit. Secara kesimpulannya, perbentangan beliau sangat menarik dan
menyeronokkan.
Comments
Post a Comment