Berita Terkini (28/3/2016)

Hari ini, perjalanan hidupku sama seperti hari-hari yang sebelum ini. Minggu ini, kelasku telah diarahkan untuk mengendalikan perhimpunan kecuali hari isnin dan cuti mingguan. Perhimpunan pagi dikendalikan oleh kelas 5K6. Perjalanan perhimpunan berjalan dengan lancar dan teratur. Pada hari ini, baruku sedar bahawa guru yang sepatutnya mengajar kelasku dalam mata pelajaran matematik adalah bekas pelajar Kolej PERMATApintar sendiri iaitu seniorku yang tidak sempat aku jumpa. Beliau merupakan pelajar lepasan di sebuah universiti di Iowa. Di kelas, beliau nampak tidak begitu mesra dengan kami kerana mungkin rasa gementar yang menyelubungi dirinya. Maklumlah, kali pertama mengajar kanak-kanak yang tidak cukup kematangannya.


Pada sebelah petang, aku dan ahli pasukan bola sepak sekolah diarahkan jurulatih untuk berlari dari hujung padang ke hujung padang yang lain. Beliau memberi tahu bahawa jangan berhenti selagi tidak diarahkan. Mandi peluh kami semua berlari dari hujung padang ke hujung padang yang lain. Mungkin ini adalah persediaan terakhir sebelum perlawanan pada hari Rabu ini. Kami hanya mengikuti arahannya dengan penuh sangkaan baik. Kemudian aku naik ke Dewan Makan dan menjamah makanan yang telah disediakan.   

Comments