LAPORAN iFSC 2016
LAPORAN INTERNATIONAL FUTURE SCIENTIST CONFERENCE (iFSC) 2016
Pada tanggal 26, 27 dan 28 Julai, telah berlangsungnya sebuah program ‘International Future Scientist Conference’ (iFSC) yang dimana merupakan pembentangan hasil kajian oleh para pelajar mengenai kajian yang telah dilaksanakan. Program ini merupakan acara tahunan yang diadakan di Kolej PERMATApintar Negara. Seramai 120 orang pelajar yang terdiri daripada 22 buah sekolah iaitu Kolej PERMATApintar Negara sendiri, ASASIpintar dan sekolah jemputan yang datang dari seluruh Malaysia hadir untuk menjayakan program ini. Tema iFSC pada tahun ini adalah ‘Breaking boundaries, Shaping the future’.
Tujuan program ini ditubuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah membentangkan hasil penyelidikan mereka supaya dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Program dimulakan dengan ketibaan pelajar jemputan ke Pusat PERMATApintar Negara pada 26 Julai. Pendaftaran dikendalikan oleh sukarelawan untuk memberikan kunci bilik dan mengemaskini kehadiran. Sebahagian pelajar jemputan tinggal di Pusat PERMATApintar Negara dan sebahagian lagi tinggal di Kolej Keris Mas disebabkan bilik yang tidak mencukupi. Tepat jam dua petang, majlis perasmian dimulakan.
Ramai tetamu-tetamu kehormat yang hadir. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat. Terdapat beberapa persembahan yang menarik dipersembahkan oleh pelajar Kolej PERMATApintar Negara bagi memeriahkan majlis. Majlis perasmian ditutup dengan sesi bergambar bersama semua peserta iFSC dan tetamu kehormat. Para peserta iFSC diberikan peluang dan ruang untuk menghias bahagian masing-masing pada petang hari, selepas selesainya majlis perasmian.
Keesokan harinya merupakan hari pembentangan dan hari penilaian. Juri-juri yang hadir bukanlah sembarangan orang sebaliknya dipilih secara teliti dan berdasarkan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kajian. Selesai sahaja pembentangan kepada juri, para peserta dan pelajar boleh melawat ‘booth’ peserta yang lain untuk mempelajari ilmu baharu. Banyak tajuk-tajuk kajian yang menarik pada iFSC kali ini.
Majlis penutupan berlangsung pada jam 11.15 pagi pada hari Khamis, bersamaan dengan 28 Julai 2016. Majlis sepatutny bermula pada jam 11.00 pagi, tetapi, disebabkan bengkel habis lewat, majlis penutupan pun bermula lewat. Sebelum, majlis penutupan berlangsung, acara penyampaian hadiah telah diadakan. Sesudahnya acara penyampaian hadiah, pelajar SP sekali lagi mempersembahkan tarian yang menrik untuk ditonton. Selepas itu, diteruskan dengan majlis penutupan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Naib Timbalan Canseleri Univeristi Kebangsaan Malaysia. Selepas itu, majlis bersurai.
Comments
Post a Comment