DAH MASUK DEGREE TAPI DUDUK RUMAH LAGI??

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua yang sudi membaca, so kalau tengok tajuk tu, maybe orang zaman 2020/2021 tak pelik bila baca, sebab semua orang aware dengan keadaan dekat Malaysia sekarang macam mana. Ni untuk pembaca yang datang dari masa depan tahun 2100 keatas, ha korangla sapa lagi. Kalau korang nak tau, dunia pernah digegarkan dengan kehadiran wabak pandemik COVID-19, nama panjang dia Coronavirus disease 2019. Asal virus ni dari Wuhan, China. Asbab tercetusnya pandemik ni angah pun tak sure kenapa, ada yang kata virus ni sebab orang Wuhan makan kelawar, ada jugak yang kata sebenarnya virus ni sebenarnya hasil uji kaji lab rahsia kat Wuhan sana. Tapi tula sampai sekarang masih misteri, Wallahu a'lam.

    Nak dipendekkan cerita, covid ni dia mudah tersebar melalui sentuhan, air liur dan sebagainya. And covid ni sangat bahaya sebab dia boleh mengakibatkan kematian. Kalau nak tau lebih lanjut boleh tanya doktor-doktor pakar yang bertauliah ye. Angah nak cakap lebih-lebih takut angah bagi maklumat yang salah pulak. Cukupla korang tau covid ni sangat merbahaya.

    Okay kita teruskan dengan tajuk utama which is Degree dekat rumah. Disebabkan kes aktif dekat Malaysia ni tak reda-reda, nak tanak pembelajaran tetap perlu diteruskan sebab masa still bergerak. So pilihan yang ada is belajar secara atas talian. Bermulalah era baru dalam sistem pendidikan negara yang dimana semua pembelajaran dilakukan secara online. Incase kalau korang yang membaca dari masa depan ni taktau, dulu sistem pembelajaran dilakukan secara fizikal tau, means korang kena bangun pagi, keluar dari bilik, pergi fakulti, dewan kuliah dengar kuliah dari lecturer. Kalau korang takleh bayang korang tengok gambar ni,


Ha lebih kurang macamni la situasi dia

    So sebab tak boleh balik UKM, terpaksa belajar online jela kat rumah. Awal-awal tu memang rasa pelik and penat sikit, yela sebab tak biasa hadap laptop tiga empat jam straight. Tapi lama-lama okay je. Cuma benda korang kena tau, bila belajar kat rumah ni sometimes adala masalah dan sedikit gangguan macam wifi tak okay, line takde, tetiba adik kacau. Nak tanak kenala hadap and cari penyelesaian untuk overcome setiap masalah yang datang demi nak menuntut ilmu, cewahhh acah je angah ni.  

    Antara persediaan yang korang kena buat untuk belajar online ni is :

1) Make sure wifi ke line korang cun, barula dengar lecturer cakap tak sangkut sangkut.
2) Untuk merasai pengalaman pembelajan online yang maksima, bolehla sediakan earphone ke headphone, baru dengar jelas suara lecturer korangtu.
3) Standby air or kunyahan mcm kerepek ke popcorn ke sebab chance untuk korang mengantuk sangatla tinggi ye.
4) Pastikan posture badan korang tu selesa, means dudukla atas kerusi so takdela nanti korang terbongkok-bongkok. Sebab korang nak duduk tu lama tau, kang posture tak betul tak pasal-pasal muda-muda dah sakit belakang. 

    So itulah antara pengalaman & tips yang angah dapat kongsikan kat korang sepanjang satu sem angah ODL di rumah. Btw sekarang angah tengah cuti sem, sebabtu ada masa nak throwback-throwback ni bagai. InshaAllah dalam pertengahan bulan 3 dah sambung study online balik 😢 Sebab dengar cerita course angah dijalankan 100% atas talian and takde keperluan untuk masuk UKM. Taktaula bila Covid ni nak habis, semoga segalanya dipermudahkanla aminn.

    Okay tu je untuk penulisan kalini, semoga semua yang membaca ni dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan aminn, have a great day!





Comments