MOCHA DAH JADI IBUU!

     Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua yang membaca, angah doakan semoga korang semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan harini. So harini angah nak share sikit pasal kucing kesayangan kat rumah angahni. Nama sebenar dai Mocha, tapi nama manja dia ada banyak kejap Moc kejap Gangster, sampai dia sendiri pening nama dia apa ahaha. Untuk pengetahuan korang, Mocha ni asalnya bukan dari kebun belakang rumah angah, sedara angah jumpa Mocha ni kat tempat kerja dia. Actually dia bukan jumpa Mocha je sekor, tapi dengan lagi dua adik-beradik dia. Sekor lagi nama Kopi, sekor lagi taktaula nama apa maybe Latte kot. Yang tinggal dekat rumah angah cuma Mocha dengan Kopi je, sekor lagi tu kawan sedara angah ambik. 


    

    Ha ni gambar diorang kecik kecik dulu. Yang tompok tompok tu la Mocha, yang colour hitam pakai stokin tengah minum tu Kopi. Kecik comel je dulu diorang, tak sangka boleh besar macam sekarang. Ouh btw Kopi dah takde, ada satu haritu along jumpa kopi berdarah, nampak mcm kena langgar. And ditakdirkan haritu jugak Allah bawak Kopi pergi, tak lama lepastu anak-anak dia pun ikut dia pergi. 

    Okay takyah sedih-sedih. Harini sebenarnya nak cerita kisah happy untuk Mocha. Mocha ni dah pernah tiga kali mengandung sebenarnya, kandungan yang first gugur sebab dia aktif sangat masatu. Lompat sana lompat sini, kejar tikusla burungla, semua bendala dia kejar, lepastu gugur. Kandungan kedua pulak selamat dilahirkan, cuma anak-anak dia Allah sayang lebih, dalam seminggu je kot tak silap. So batch seterusnya ialah kandungan kalini. Alhamdulillah semalam pagi (21/2/2021) tengok dalam kotak Mocha dah selamat lahirkan lima baby comel. 



    Semoga dapatla tengok anak-anak Mocha membesar macam kitorang tengok Mocha and Kopi membesar. Sekian sahaja penulisan harini, terima kasih untuk semua yang sudi membaca!


Comments