NAK APPLY TESP MARA?

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera, so harini angah nak share sikit pengalaman angah apply pinjaman pelajaran under MARA which is Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP 2020). Untuk pengetahuan korang angah ada apply jugak Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (PPBU) under Bank Rakyat tapi tula tersangkut di skala enam. Papepun alhamdulillah syukur TESP ni lepas even tunggu lama gila ahaha.


    Benda first yang korang kena tau, TESP ni dia tak cover semua course tau, korang boleh tengok link bawahni and check ada tak uni korang and course yang korang ditawarkan.


    Kalau dah check and confirm uni & course korang termasuk dalam list tu, bolehla sambung baca, kalau takde jangan nangis eh. Angah divide 3 part tau sebab based on experience angah apply time covid ni ada tiga kali benda yang kena buat.

PART I

    Korang boleh isi details yang dia mintak dalam website tu (part ni angah tak ingat sangat sebab dah lama sangat) yang penting takde kena mintak cop ke sign pape lagi masani. Yang angah ingat part ni semua buat secara online which is dalam website je. Lepas korang dah settle semua and hantar permohonan, korang tinggal tunggu dapat emel macam kat bawahni.


PART II

    Lepas dapat emel macam kat atas ni, korang kena login acc korang and cetak permohonan dekat https://myeduloan.mara.gov.my/ mcm kat bawahni 


( Tekan Cetak Permohonan ) 

    Dah download tu korang boleh check balik details yang korang yang isi and kalau betul semua boleh sediakan semua document yang MARA mintak. Semua list document tu korang boleh check dekat page last pdf Borang Permohonan yang korang download tadi. Contoh angah punya macam gambar bawahni.


    After dah lengkapkan, angah kena pos  document yang MARA mintak ke alamat yang ada dekat muka surat first Borang Permohonan. Alamat dia angah letak kat bawahni. 

PENGARAH, 
BAHAGIAN PENGANJURAN PELAJARAN TINGKAT 10, 
IBU PEJABAT MARA, 21, JALAN MARA, 
50609 KUALA LUMPUR

(Btw angah guna J&T sebab cepat sampai and senang boleh track borang dah kat mana apa semua)

    Okay settle part ni, korang tinggal tunggu pihak MARA emel korang untuk bagitau status permohonan korang ni diluluskan ke sebaliknya. Sementara menunggu tu angah cadangkan korang lupakan pasal TESP ni kejap and buatla benda lain sebab part ni ambik masa yang SANGAT LAMA! (Untuk pengetahuan korang, dalam masa menunggu ni sebenarnya angah dah rasa yang angah takde rezeki dapat TESP ni sebab dah lama gila woii) Korang bayangkan eh, angah hantar borang dalam 18/11/2020 mcmtu, lepastu tarikh MARA emel angah bagitau status permohoman diluluskan tu 7/1/2021 huhuhu. Bukan angah marah MARA, angah just nak bagitau je so takdela nanti korang membazir masa menunggu emel keputusan tu.

PART III

    Selepas menempuhi keperitan menunggu, korang akan dapat emel bagitau permohonan korang diluluskan macam dalam gambar bawahni. 


( Tengoktu tarikh 7/1/2021, angah tak tipu okay)
    
    Part ni agak complicated sikit sebab ada banyak benda korang kena print and isi. Tapi kalau korang baca betul-betul panduan yang MARA dah bagi tak susah pun, cuma banyak. Total ada empat benda korang kena download & print macam kat bawahni, No 1,2,3 & 5. (Lampiran 1 tu just dia tunjukkan kadar bayaran balik je, so takyah print pun takpe)

 
(Boleh tengok dalam website eduloan)


LAMPIRAN 1

Benda yang WAJIB KORANG BACA & FAHAMKAN DULU before nak isi surat-surat tu : 

i) Surat Tawaran (untuk korang faham apa syarat-syarat yang MARA dah tetapkan)
ii) Buku Panduan (panduan untuk korang isi segala borang yang ada)
iii) Surat Perjanjian MARA (untuk korang faham segala pantang-larang yang ada)

Based on apa yang angah isi dah dah disahkan tawaran, ni antara benda-benda penting yang angah boleh shortlistkan :

1) MARA nak surat ORIGINAL yang bertulis tangan, photocopy tak diterima. Means kalau MARA nak empat set, korang kena print and tulis tangan borang tu empat set.  

2) Sertakan salinan IC pemohon, salinan IC penjamin, slip gaji penjamin yang dah disahkan & bank statement pemohon.

3) Untuk bahagian Surat Pengakuan (BPPM/B/03), korang kena pergi Pejabat Pesuruhjaya Sumpah / Majistret and mintak diorang sign (Biasanya ada charge dalam RM10 macamtu) 

4) Matikan setem hasil. Okay cara nak matikan setem hasil ni senang je, memula korang pergi pejabat pos and bagitau kat kaunter nak beli setem hasil. Satu setem harga RM10, so korang belila ikut berapa set borang yang MARA suruh korang matikan tu, mcm kes angah ada empat set, so beli empat setem hasil. Rupa setem hasil tu macam gambar bawahni.


    Okay dah dapat setem hasil, korang tengok buku panduan balik and tampal dekat muka surat yang dia suruh. Macam angah, dia suruh tampa dekat setiap muka surat first dokumen perjanjian MARA. Lepastu korang pergi ke Pejabat LHDN yang terdekat kat kawasan korang untuk matikan setem hasil tu. Make sure korang bawak sekali semua dokumen tu incase pegawai dekat kaunter tu nak semak. So ni ada gambar kenangan sikit dekat Pejabat LHDN Batu Pahat. 

    
    Bila dah settle semua borang and benda yang MARA suruh buat, korang boleh pos semua dokumen tu dekat MARA. Untuk alamat, angah guna alamat sama je macam dekat PART I tu. Then korang boleh kumpulkan balik kesabaran korang untuk tunggu dokumen korang diproses. Macam mana nak tau dah proses ke belum? Korang login eduloan and tengok bahagian status. 

SEBELUM

SELEPAS


    Kalau dah tukar dari PERMOHONAN ANDA SEDANG DISEMAK kepada PENGESAHAN TAWARAN macam gambar atasni maksudnya dah proses la tu. Tinggal tunggu duit masuk je.

    Saja nak ingatkan korang, tempoh masa menunggu ni tak sama tau untuk semua orang. Ada yang sebulan dah disahkan, ada yang dua tiga bulan tapi tak sahkan lagi. So angah suggest korang doala bebanyak mintak dokumen korang antara yang terawal dipilih. Personally angah punya ambik masa sebulan lebih sikit macamtu. And tempoh untuk duit masuk dalam acc pun tak sama. Ada yang kata 2-3 hari dah masuk, ada yang kata sebulan baru masuk, yang ni angah pun tak sure lagi sebab dah 5 hari pengesahan diterima tapi duit belum masuk acc angah lagi. Semoga semuanya baik-baik jela.

    And satu lagi pesanan untuk korang yang akan ke dah apply pape jenis Pinjaman Pelajaran, make sure bila dah dapat duit tu korang selesaikan mana yang wajib dulu macam bayar yuran belajar, yuran kolej, buku-buku ke keperluan untuk belajar. Bila dah siap asingkan semua tu ikut korangla nak buat apa dengan baki duit tu. Cuma janganla korang berjoli tak ingat dunia sampai hujung bulan takde duit nak makan. Kalau jadi macamtu means korang kena belajar cara uruskan duit dengan betul. Okay cukupla, rasanya angah dah bebel panjang ni, kalau nak angah bebel pasal cara uruskan duit tu next time la ye. Semoga penulisan angah ni bermanfaat untuk korang semua !  Doakan angah dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berjaya dunia akhirat aminn 🙆
           
UPDATED (19/2/2021)

    Alhamdulillah malam semalam duit TESP MARA dah masuk dalam acc angah. Syukur sangat, terima kasih MARA! So tempoh masa untuk duit masuk dalam acc bank angah ialah lima hari bekerja selepas pengesahan tawaran, which is hari Jumaat lepas angah notice status tu dah bertukar and malam semalam angah check duit dah masuk acc. Untuk sesiapa yang masih menunggu pengesahan dan sebagainya, angah doakan segala urusan korang dipermudahkan dan dipercepatkan aminn. 









Comments