ADA APA DENGAN HARINI EH?
Hai assalamualaikum semua! Harini 11 Mac bersamaan dengan 27 Rejab which is Israk & Mikraj. Untuk you guys yang taktau or terlupa, Israk Mikraj ni antara salah satu peristiwa yang menunjukkan betapa hebatnya kebesaran Allah SWT.
Okay apa maksud Israk & Mikraj?
Israk - Perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin menaiki 'Buroq'
Mikraj - Perjalanan Nabi Muhammad SAW diangkat dari Masjidil Aqsa ke Sidartul Muntaha yang mana melepasi langit ketujuh.

Yang menjadi topik hangat tentang Israk Mikraj ni ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW cuma mengambil masa satu malam sahaja! Kalau kita ikutkan logik akal, mungkin ramai yang takkan percaya. Tapi kita sebagai umat Islam kena percaya peristiwa ini betul-betul berlaku, kerana tiada yang mustahil bagi Allah.
Next, apa jadi masa Israk Mikraj ni? Okay masani Nabi Muhammad SAW ke Sidratul Muntaha untuk berjumpa dengan Allah SWT. Sebelum peristiwa Israk Mikraj ni, sebenarnya Nabi Muhammad telah diuji dengan bermacam-macam ujian seperti kewafatan isteri kesayangan baginda dan bapa saudara baginda iaitu Siti Khadijah dan Abu Thalib. So Israk Mikraj ni boleh dikira macam hadiah/mukjizat untuk baginda Rasulullah.
Satu lagi fakta tentang peristiwa Israk Mikraj ni, Allah telah turunkan perintah solat fardu 50 WAKTU kepada umat Islam melalui Nabi Muhammad SAW. Tapi Rasulullah telah memohon untuk kurangkan jumlah tu daripada 50 turun kepada 5 waktu seperti yang kita amalkan sehingga harini.
Bayangkan kalau Rasulullah tak mintak kurangkan waktu solat masatu, agak-agak kita mampu ke nak tunaikan 50 solat fardu setiap hari? Yang lima waktu sekarang ni pun liat nak kerjakan, apatah lagi kalau 50. Sama-sama kita renungkan, tepuk dada, tanya iman.

Comments
Post a Comment